Friday 6 January 2012

Fikir!!!

berfikir membuatkan kita selalu mendapat hasil yang baik dan buruk. berfikir juga menyebabkan kita merasa dan  membayangi setiap jurang yang sedang kita fikirkan. bagi aku, fikir itu bagus kerana menghasilkan sesuatu yang benar-benar akan terjadi dan kadang-kadang, benda yang berlaku sebaliknya. aku sering luka, aku sering jatuh, dan aku sering sakit. tetapi aku tabah. hinggakan benda yang aku lakukan adalah benda yang berada di luar jangka. benda ni sangat membuatkan aku takut untuk terus hidup. hidup bagaikan layang-layang. angin ke kiri, ke kiri lah ia. namun jika kita memandu tali yang terikat di layang-layang tersebut, adakah ia boleh berjaya?
jawapannya sama ada ia atau pun tidak. sama juga dengan kita manusia. manusia sangat lemah dengan cinta. termasuk aku. kajian mendapati, manusia akan terus jatuh terduduk jika cinta menguasai diri. kerana manusia akan melakukan kemusnahan pada diri sendiri dan orang lain. cinta yang diinginkan telah menjadi debu-debu yang beterbangan di sana sini dan berlalu pergi menghinggap ke destinasi seterusnya. aku di sini hanya akan meneruskan hidup seperti biasa dan berusaha untuk teruskan perjalanan hidup walaupun berat untuk melupakannya. walaupun sesingkat cuma, namun hati, perasaan dan pikiran ini hanya tertumpu pada wajahnya yang cantik, manis dan sedang tertawa. WALAUPUN aku sedang sibuk dengan urusan pejabat dan apa jua yang aku lakukan.

MADAH DARI SAYA : kekuatan kita datang dari Allah. Allah sahaja yang dapat menentukan perjalan hidup kita. namun usaha demi usaha tetap kita lakukan demi kebahagiaan kita bersama.

No comments:

Post a Comment