Wednesday 18 January 2012

PERASAAN YANG DKETEPIKAN

Hujan bawa air mata ku yang mengalir membasuh luka ku, agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia di hatiku.. Dia tahu???? Hurrrmmm... bercinta dan sayang serta mengambil berat dengan orang yang berbeza..!!


cinta sejati memang susah untuk kita mendapatkannya. tak kira lelaki / wanita. kesetiaan dan jujur adalah tunggak utama dalam proses perkenalan untuk pergi ke arah yang lebih jauh (kahwin). cinta pada harta tidak membawa kepada apa-apa kebahagiaan. cinta pada rupa pula tidak membawa kepada kejujuran. manakala cinta pada kontrak juga seperti yang tertera pada ayat sebelum2 ini.


kematangan diri sebenarnya boleh membuatkan cinta itu menjadi kepada tidak buta tetapi, adakah kematangan membawa kita kearah kesetiaan dan kejujuran??
tidak matang adalah sifat kebudak-budakkan, malah juga memberi impak yang menyakitkan. namun kebarangkalian ini sungguh menyedihkan apabila seseorang yang inginkan sebuah perhubungan yang serius tidak kesampaian seperti AKU!


terima kasih NNMZ..

Saturday 14 January 2012

beharganya sebuah kehidupan jika kita sentiasa percaya dan jujur serta setia terhadap pasangan kita.. PERCAYA dengan apa yang apa sahaja yang dilakukan oleh pasangan.
JUJUR dengan pasangan kita dengan apa yang kita lakukan.
SETIA bersama si dia sehingga akhir hayat.


penyatuan sebuah hati akan kita harapkan yang kekal sehingga tua. namun tiga perkara di atas harus kita lakukan jika mahu apa yang kita impikan..
insya'Allah.. aminn~~

Sunday 8 January 2012

REDHA

jalan hidup kita mempunya seribu / sejuta macam cerita. onak yang dilalui sebenarnya sama, akan cuma kita yang memandunya ke arah mana.. sebagai contoh yang lagi senang utk kita faham. "disini hidup kita umpama kereta control.. buatan yang cukup sempurna, tetapi bagi pengendali kereta itu, bagaimana dia hendak memandu dan pengakhirannya, rosak atau pun tidak"..

kita boleh redha dengan apa yang kita dapat dalam perjalanan kita, tetapi jgn kita redha atas apa yang telah kita lakukan. sesungguhnya usaha menaikkan kita setiap kali zarah-zarah mengalir dari dalam tubuh, maka tenaga kita masih POWER!

sekadar info dan rasa dari seorang insan.

Saturday 7 January 2012

MERELAKAN... ADAKAH DAYUS??

kehidupan yang terlalu berharap dan tinggi harapan adalah sebuah kehidupan yang sangat memeritkan. ikhlas dan redha di bibir tapi perit dan sakit terasa di hati. keadaan ini tidak patut dilakukan dan dirasai. jiwa di jasad menjadi tidak keruan.

Friday 6 January 2012

Fikir!!!

berfikir membuatkan kita selalu mendapat hasil yang baik dan buruk. berfikir juga menyebabkan kita merasa dan  membayangi setiap jurang yang sedang kita fikirkan. bagi aku, fikir itu bagus kerana menghasilkan sesuatu yang benar-benar akan terjadi dan kadang-kadang, benda yang berlaku sebaliknya. aku sering luka, aku sering jatuh, dan aku sering sakit. tetapi aku tabah. hinggakan benda yang aku lakukan adalah benda yang berada di luar jangka. benda ni sangat membuatkan aku takut untuk terus hidup. hidup bagaikan layang-layang. angin ke kiri, ke kiri lah ia. namun jika kita memandu tali yang terikat di layang-layang tersebut, adakah ia boleh berjaya?
jawapannya sama ada ia atau pun tidak. sama juga dengan kita manusia. manusia sangat lemah dengan cinta. termasuk aku. kajian mendapati, manusia akan terus jatuh terduduk jika cinta menguasai diri. kerana manusia akan melakukan kemusnahan pada diri sendiri dan orang lain. cinta yang diinginkan telah menjadi debu-debu yang beterbangan di sana sini dan berlalu pergi menghinggap ke destinasi seterusnya. aku di sini hanya akan meneruskan hidup seperti biasa dan berusaha untuk teruskan perjalanan hidup walaupun berat untuk melupakannya. walaupun sesingkat cuma, namun hati, perasaan dan pikiran ini hanya tertumpu pada wajahnya yang cantik, manis dan sedang tertawa. WALAUPUN aku sedang sibuk dengan urusan pejabat dan apa jua yang aku lakukan.

MADAH DARI SAYA : kekuatan kita datang dari Allah. Allah sahaja yang dapat menentukan perjalan hidup kita. namun usaha demi usaha tetap kita lakukan demi kebahagiaan kita bersama.

selami dunia kecilku: mula sendirian

selami dunia kecilku: mula sendirian: aku mencintainya bagaikan ada "sebuah gunung yang tinggi dan aku ingin mecapaikan tangan dari kaki bukit" hurmmm.. mengeluh sebentar.. cinta...

selami dunia kecilku: Semakin Kabur

selami dunia kecilku: Semakin Kabur: kabur beerti samar. sama ada dari pandangan mahupun rasa di jiwa. keadaan ini membuatkan aku hilang arah dan merasakan sesuatu yang buruk ak...

Thursday 5 January 2012

Semakin Kabur

kabur beerti samar. sama ada dari pandangan mahupun rasa di jiwa. keadaan ini membuatkan aku hilang arah dan merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada diriku ini. sekilas pandang seperti tiada apa yang berlaku namun, hati yang menanggung tidak tertahan lagi. alam CINTA yang dirasai seperti hilang entah ke mana. seperti ada kejadian disulami dengan debu-debu kotoran. pengorbanan yang telah aku lakukan sebenarnya membuatkan aku rasa seperti "bertepuk sebelah tangan", namun ketabahan diri dan kecekalan jiwa membuatkan aku masih meneruskan perjuangan cinta ini.

semakin lama dipendam, semakin parah nafsu di dada.
hati yang luka hanya boleh di rawat menggunakan kata-kata dan semangat di jiwa.
rohani terbentuk, jasmani berkuasa.
maka jiwa mencari sesuatu yang sempurna dari jasad yang teguh dengan semesta.

keluhan jiwa untuk si dia :')

Wednesday 4 January 2012

mula sendirian

aku mencintainya bagaikan ada "sebuah gunung yang tinggi dan aku ingin mecapaikan tangan dari kaki bukit" hurmmm.. mengeluh sebentar.. cinta yang berputik dari hati yang ikhlas membawa aku kepada kehidupan sebenar di alam percintaan. hubungan yang serious yang ingin aku jalinkan bertukar menjadi ketidakpercayaan. namun dengan hati yang tabah serta mengingatkan terhadap Qada' dan Qadar membantu aku lebih kuat menjalinkan hubungan bersamanya. sekarang, kami berada di alam kerja, di mana kerja kami sangat sukar untuk kami berjumpa walaupun sejam. call tidak berjawab, msg tidak di reply. membuatkan aku lebih sakit perit di lubuk hati kecil ku ini. hinggakan aku terpaksa menjadi seorang hipokrit dengan diri aku sendiri. semua rasa yang indah menjadi sayu, yang cantik menjadi kelam, arang menjadi abu..
 aku tahu kau tetap milikku walaupun aku tahu kau berat utk berkata begitu.

 aku berani mengatakan aku cintakan dia namun semua itu masih belum di ketahui lagi..

serious untuk dia dan perhubungan ini dan aku masih menanti jawapan dari nya!